Para saintis berjaya menemukan sebuah 'tasik' dalam laut di Teluk Mexico dan haiwan-haiwan yang dilihat cuba melalui kawasan itu mati.
Saintis menamakan tasik itu sebagai Jacuzzi of Despair
Erik Cordes, profesor biologi di Universiti Temple, telah menjalankan penyelidikan terhadap kolam itu dan mencatitkan penemuan itu dalam jurnal Oseanografi.
"Ia merupakan salah satu benda yang paling menarik di laut dalam. Kamu pergi ke lantai laut dan melihat tasik atau sungai sedang mengalir. Rasa seperti kamu bukan berada atas dunia ini", kata Cordes kepada Discovery News.
Air di dalam tasik itu lima kali ganda lebih bergaram dari air di sekitarnya.
Ia juga mengandungi toksik metana dan hidrogen sulfida yang berkepekatan tinggi dan bahan itu tidak boleh bercampur dengan persekitaran laut tersebut.
Bagi haiwan-haiwan (dan manusia) yang cuba berenang dalamnya, toksik-toksik ini boleh menyebabkan maut. Hanya hidupan bakteria, cacing tiub dan udang boleh hidup di kawasan tersebut.
Bagi saintis, penemuan tasik itu diibaratkan sebagai tempat permainan untuk kajian mereka. Kini, mereka boleh bereksplorasi bagaimana organisma boleh hidup di habitat yang ekstrim.
Menerusi video rakaman tasik tersebut, kelihatan banyak hidupan-hidupan laut mati di dalam tasik terbabit.
Selain itu, turut kelihatan air dalam tasik terebut mengalir keluar ke kawasan sekitar.
(Video) Saintis Temukan Sebuah Tasik Dalam Laut & Haiwan-Haiwan Yang Berenang Melaluinya Mati
Reviewed by Ratu Kebaya
on
10:07 AM
Rating:
No comments: