Kuala Lumpur, 2 Nov - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang mengendali satu akaun Twitter yang menghina Islam.
KPN menerusi Twitternya berkata: 'Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) @PDRMsia, kesan pengendali tweet ini dan ambil tindakan.'
Bersama kenyataan itu, KPN turut menampilkan satu keratan tweet milik akaun twitter tersebut yang menghina kesucian agama Islam dan juga Nabi Muhammad.
Dipercayai, foto-foto yang dimuat naik oleh tweet itu diambil dan dicedok dari laman web anti islam.
Sumber: Twitter KBAB51
Ketua Polis Negara Arah PDRM Kesan Pengendali Akaun Twitter Hina Islam, Nabi Muhammad
Reviewed by Ratu Kebaya
on
7:13 PM
Rating:
No comments: